Nilai dan Pengajaran

Cerpen Gerhana Manusia : Nilai dan Pengajaran

NILAI

  1. Dedikasi – Dr Murni dan Nusia dedikasi terhadap tugas sebagai pengamal perubatan.
  1. Belas ihsan – Nusia berasa sangat kasihan terhadap nasib pesakit yang berada dalam keadaan koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi.
  1. Keprihatinan – Nusia prihatin akan keadaan beberapa orang pesakit yang kritikal dan memerlukan darah.
  1. Ketegasan – Nusia dan Dr Murni tegas dengan tidak mematuhi arahan Profesor Dr Juaidi dalam hal merawat pesakit kerana arahan tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.
  1. Keberanian – Nusia berani mengambil bekalan darah yang dikhususkan untuk Tuan Besar Musa demi menyelamatkan pesakit yang lain.
  1. Bertanggungjawab – Nusia dan Dr Murni merawat pesakit yang koma dan kritikal di wad dengan penuh rasa tanggungjawab.

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah bertindak secara adil dalam menjalankan rawatan terhadap pesakit.
  1. Kita hendaklah bersepakat dalam membuat keputusan agar menghasilkan yang terbaik.
  1. Kita haruslah mengutamakan nyawa yang memerlukan rawatan segera.
  1. Kita hendaklah meminggirkan kepentingan diri apabila menghadapi masalah yang melibatkan nyawa.
  1. Kita mestilah bertindak berani berdasarkan pemikiran yang rasional untuk sesuatu kebaikan.
  1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab,
  1. Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.
Advertisement

Gaya Bahasa

Cerpen Gerhana Manusia : Gaya Bahasa

GAYA BAHASA

  1. Istilah perubatan – virus, alveolos, prognosis;leukemia, gelafundin, platelet, plasma, dopamin.
  1. Metafora –  tapak muslihat.
  1. Personifikasi – cuppingnya diusapisuara lembut Doktor Murni, renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku.
  1. Anafora  –         Aku menjeling.Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih.
  1. Repitasi –  “Doktor Murni, semalam 50 pek darahmasuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar.”
  1. Sinkope –  kenapa takada waris yang datang menjenguknya?

Binaan Plot

Cerpen Gerhana Manusia : Binaan Plot

BINAAN PLOT

Permulaan

  1. Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang dalam keadaan koma tidak memberi tindak balas terhadap rawatan walaupun sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya.
  1. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.
  1. Terdapat juga beberapa orang pesakit lain yang tenat.

Perkembangan

  1. Keadaan pesakit di wad dan usaha Nusia mendapatkan pek-pek darah daripada juruteknik makmal darah.
  1. Jururawat iaitu Nusia mempertikaikan perkara itu kerana menganggap satu pembaziran sedangkan banyak pesakit lain memerlukan darah.
  1. Dr Murni menenangkan  Nusia dan mengatakan bahawa itu merupakan arahan Profesor Dr Juaidi.

Perumitan

  1. Nusia memberitahu Profesor Dr Juaidi tentang keadaan pesakit lain yang juga memerlukan darah tetapi Profesor Dr Juaidi tetap mahu Tuan Besar Musa diberi keutamaan.
  1. Nusia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Dr Murni. Dia belas apabila melihat keadaan pesakit yang terlantar tetapi tidak diberikan perhatian, seolah-olah nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi.
  1. Pihak hospital terlalu memandang ganjaran dan menjadikan perkhidmatan perubatan bagaikan satu perniagaan.
  1. Dr Murni cuba menenangkan Nusia kerana mereka hanyalah golongan minoriti dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan itu.

Klimaks

  1. Nusia bertindak nekad dengan pergi ke bank darah dan mendesak juruteknik makmal melepaskan baki bekalan darah yang ada. Nusia sanggup berhadapan dengan Profesor Dr Juaidi yang marah dengan tindakannya itu.
  1. Kemudian, Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Dr Juaidi mempersoalkan kehilangan lima pek darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa.

Peleraian

1. Dr Murni melepaskan jawatan serta-merta.

  1. Profesor Dr Juaidi terkejut dengan tindakan Dr Murni.
  1. Dr Murni menarik tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah untuk menderma darah.
  1. Dia berharap agar bekalan darah dapat membantu pesakit-pesakit lain.

Sample Question + Answer (14)

Question 14

Write about an incident that is memorable and explain why it is an important lesson to you.

Answer :

In the novel Sing to the Dawn by Minfong Ho, I think I learned a memorable lesson from the character named Dawan. The novel is about the frustrations, hardships and political injustices of a village life in Southeast Asia. All these are dramatically revealed in the story of Dawan. a young Thai girl who seeks the opportunity to continue her education at a city high school. Dawan. however, must fight with her brother, Kwai, who also takes the test, and faces disapproval from their father who is convinced that city life and further studies are not for a girl.

Dawan’s determination to overcome obstacles and to prove herself that she is worthy of seeking the prize is an important experience for her. She is able to achieve success by winning the scholarship to study at the city school. Her father pressures her to give up the offer as she is a girl. He feels that a girl’s place in society is in the kitchen or at home.

The story also shows how Dawan, a timid girl, is determined to fight for her rights to study at the city, even though many people do not support her except Bao. In the end, Dawan gets her wish and the story ends when Dawan leaves the village.

We could say the writer is able to limit sexism’s growth quite a lot but this novel really gets our attention. Women’s rights is one of the most powerful lesson in this novel. The issue of sexism and how we must make a change is the order of the day to make the world a fairer place. Gender inequality is a big problem and this novel is a good example of fighting for women’s rights. People with strength of character like Dawan, will face their problems and overcome them. As such, she is one character from the novel that I learned a lot and respected the most.

Sample Question + Answer (13)

Question 13

Describe a conflict that occurs in the novel you have read. How does it affect one character in the novel?

Answer :

One conflict that Dawan, the main character in the novel ‘Sing to the Dawn’ experienced is whether to give up her scholarship to her brother or to accept it. Dawan is a normal girl who has the extra privilege of being able to go to school with her brother. Kwai. However, this good fortune will not last as it is her last year and her father has made it clear that he will no longer pay for her school fees. He, like many others in the village, believes that girls do not need to go to school. They are not as capable and able as their male counterparts. These girls are needed only to look after their families, get married, have families of their own and just support the men in their lives.

However, good fortune smiles on Dawan as she wins a scholarship to go to the City to study. I Icr brother comes in second but there is only one scholarship available. When the news is announced. Kwai is bitter about it, believing himself the more deserving one, especially since lie is a boy. He does not think Dawan, even if she is intelligent and won the scholarship on merit, will be able to make the best opportunity of this chance and help change the lives of the villagers for the better.

The conflict is great and Dawan feels as if she should give up her spot, so her brother can go. After all her father accuses her of taking away her brother’s only chance. She is hurt and wonders whether it ‘was right for her to assert herself’ and to ‘stand in Kwai’s way’. She begins to doubt herself that maybe her father is right and Kwai will benefit more from going than she will. On the other hand, Dawan also feels a ‘strong need to struggle for her rights’. She puts her mind to fighting and overcoming all the obstacles stand in her way. She does not give up.

In the end, she becomes stronger, more mature and more resolute in her determination to be the best that she can be in the City so that she can really learn as much as she can to return and help her family and the villagers.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)   Inversi. Contohnya, nasihat kebajikan ayahanda beri; Kerja kebajikan janganlah malas.

(b)   Anafora. Contohnya, Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu,

(c)   Bahasa Arab. Contohnya, ikhlas; syarak; batil; Allahu; Allah.

(d)   Responsi. Contohnya, Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas,

(e)   Simile. Contohnya, seperti air di dalam gelas.

(f)    Sinkope. Contohnya, tak.

(g)   Asonansi. Contohnya, Segala perbuatan dengan berilmu (perulangan vokal e).

(h)   Aliterasi. Contohnya, maka kebajikan boleh bertemu (perulangan konsonan b).

(i)    Rima akhirnya sama, iaitu aaaa.

Maksud

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) : Maksud

Rangkap 1

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.

Rangkap 2

Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

Rangkap 3

Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas.

Rangkap 4

Menurut ayah lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.

Rangkap 5

Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Dalam masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.

Rangkap 6

Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut itu perlulah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Rangkap 7

Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat malu.

Rangkap 8

Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.

Rangkap 9

Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar dengan yang tidak benar dapat dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka.

Rangkap 10

Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Rangkap 11

Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.

Rangkap 12

Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan menyembunyikan diri di dalam istana.

Rangkap 13

Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.

Rangkap 14

Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk hukum syarak untuk mendapatkan ketenangan hati.

Rangkap 15

Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.

Rangkap 16

Jika perbicaraan dijalankan mengikut hukum Allah, maka kejian atau pujian daripada rakyat bawahan tidak perlulah dihiraukan oleh mereka.

Rangkap 17

Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu supaya dapat memudahkan segala kerja.

Rangkap 18

Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun

Pantun Kasih Sayang : Bentuk dan Ciri-ciri Pantun

(a)   Terdiri daripada lima rangkap.

(b)   Berisi empat baris setiap rangkap.

(c)   Ada pembayang dan maksudnya.

(d)   Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.

(e)   Terdiri daripada lapan hingga sepuluh suku kata sebaris.

(f)    Bentuknya terikat.

Nilai dan Pengajaran

Pantun Nasihat : Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a) Baik hati.          (c) Ketabahan.           (e) Hati-hati.

(b) Rasional.          (d) Budi bahasa.        (f)   Kepatuhan.

.

Pengajaran

(a)   Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.

(b)   Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram supaya hidup kita tidak binasa.

(c)   Kita hendaklah tidak terlalu bersedih atas dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.

(d)   Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap buruk padahnya.

(e)   Kita hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku apabila berdagang di tempat orang supaya dipandang mulia dan masyarakat.

(f)    Seorang isteri mestilah bijak menjaga hati suami supaya rumah tangga sentiasa bahagia.

Tema dan Persoalan

Pantun Nasihat : Tema dan Persoalan

Tema

Nasihat yang dijadikan panduan kepada masyarakat agar mereka sentiasa melakukan kebaikan.

.

Persoalan

(a)   Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.

(b)   Melakukan perbuatan haram akan membawa kepada kemudaratan.

(c)   Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana dapat membinasakan diri.

(d)   Berhati-hati dalam bertutur kerana jika tersilap buruk padahnya.

(e)   Persefahaman antara suami isteri mampu menjamin kerukunan rumah tangga.

(f)    Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.

(g)   Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.