Ciri-Ciri Menjadi Pelajar Cemerlang
Pengenalan
Setiap pelajar pasti bercita-cita memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya
- cemerlang dalam bidang akademik mahupun bukan akademik
- bukan laluan mudah untuk merealisasikannya
- tabah, rajin dan memerlukan pengorbanan yang tinggi
Idea-idea Utama
Memberi tumpuan semasa cikgu mengajar
- mendengar segala penerangan yang diberikan oleh guru
- bertanya soalan sekiranya kurang faham atau jelas dengan topik yang diajar
- tidak bercakap atau berangan-angan
- tidak membuat bising atau bersikap sambil lewa
Memiliki disiplin diri yang tinggi dan bersikap ingin cemerlang
- membuat jadual belajar di rumah
- menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru
- bijak membahagikan masa untuk belajar atau bermain
- tidak membazirkan masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah
Belajar secara berkumpulan
- sama-sama belajar sama ada di rumah atau di perpustakaan
- bertukar-tukar nota atau buku pelajaran
- saling berbincang tentang sesuatu topik pelajaran
- membantu kawan yang agak lemah dalam kumpulan tersebut
Menjaga kesihatan dan pemakanan
- makan makanan yang seimbang supaya sihat
- tidur dan rehat yang mencukupi
- melakukan senaman supaya sentiasa sihat
- bak kata pepatah “Badan yang sihat menjadikan otak cergas”
Rajin menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di sekolah
- meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
- membuat pelbagai soalan daripada pelbagai topik yang diajar
- bertanya kepada guru sekiranya menghadapi masalah dalam pembelajaran
- lebih yakin dalam menempuh pelbagai peperiksaan
Penutup
Kejayaan pasti dicapai jika langkah di atas mampu dilakukan oleh para pelajar
- mampu menjadi tonggak negara pada masa hadapan
- menyumbangkan sentuhan untuk memajukan negara
- tidak perlu lagi bergantung kepada kepakaran tenaga luar
.