Peranan Keluarga Dalam Memupuk Semangat Patriotik Di Kalangan Anak-anak

Peranan Keluarga Dalam Memupuk Semangat Patriotik Di Kalangan Anak-anak

Pengenalan
Semangat patriotik amat penting dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
– perlu dipupuk dalam kalangan remaja terutama para pelajar
– manfaatnya amat besar kepada negara kita
– akan menyayangi negara walau di mana mereka berada
– sanggup mempertahankan negara hingga titisan darah terakhir

Idea-idea Utama
Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kenegaraan.
– Program Latihan Khidmat Negara antara contoh terbaik
– didedahkan dengan pelbagai aktiviti ke arah semangat patriotik
– mampu menyuburkan semangat ini dalam kalangan generasi muda

Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku sejarah.
– dapat mengetahui perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan
– dapat merasai semangat pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Rentap dan pelbagai lagi
– akan menyayangi negara walau di mana mereka berada

Membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah.
– melihat secara dekat akan kehebatan negara kita
– dapat meneladani sesuatu perkara yang baik
– melihat kehebatan pahlawan bangsa, mercu negara dan pelbagai lagi

Membawa anak-anak melihat Sambutan Hari Kemerdekaan Negara.
– dapat menyaksikan pelbagai kaum bergerak dalam nada yang sama
– merasai semangat cinta akan negara yang dipamer semasa perarakan berlangsung
– bercita-cita tinggi dalam memberi sumbangan kepada Negara

Membelikan buku-buku berunsurkan semangat patriotisme kepada anak-anak.
-jauh lebih bermanfaat daripada novel-novel yang berunsurkan percintaan
-celik sejarah umpamanya mengetahui sejarah Bukit Kepong
-mencontohi pengorbanan dan semangat sayang akan negara
-menjadi idola dan berazam untuk berkorban seperti mereka

Penutup
Tuntasnya, semangat sayang akan negara merupakan tunjang kekuatan negara.
– tidak mudah dijajah, diperkotak-katikkan mahupun dipandang rendah
– generasi muda sanggup berkorban untuk negara pada bila-bila masa
– menyumbang idea, tenaga mahupun wang ringgit demi kejayaan negara
– terus bersinar dan dihormati oleh negara-negara luar

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s