Sumbangan Sektor Pelancongan kepada Negara

Sumbangan Sektor Pelancongan kepada Negara

Pendahuluan:

  • kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990
  • hasilnya, setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat
  • menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara
  • pendapatan daripada pelancongan mencecah RM50 bilion setahun
  • apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara?

Isi-isi Penting:

  • dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia – Misalnya, melalui penganjuran perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia – dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana selaras dengan Slogan Malaysia Boleh’’ – Malaysia dapat dipromosikan ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia – penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar – bertepatan dengan peribahasa sambil menyelam minum air
  • dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita – pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini.- peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan – pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan sektor perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara
  • dapat memajukan industri kraf tangan di Malaysia – barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan – barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang dibuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong – mereka pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan kepada keluarga atau rakan mereka – kedatangan pelancong asing ke Malaysia menjadi sumber rezeki kepada pengusaha kraf tangan tempatan
  • dapat memajukan industri hiliran – pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan, minuman, perkhidmatan pengangkutan, pemandu pelancong dan perkhidmatan lain – mereka juga amat menggemari makanan sama ada makanan tradisional mahupun makanan barat di Malaysia – mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan – sudah pasti mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan – tempat-tempat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai – boleh menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti inap desa yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya – mereka juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain – pengusaha pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. – kedatangan pelancong memberikan rezeki yang melimpah ruah
  • dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar – Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain – mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan unik – dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas – persembahan kesenian tradisional seperti wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang – mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak dan batu seremban – pakaian tradisional seperti baju kurung yang dibuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing – keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke Malaysia

Penutup:

  • industri pelancongan banyak memberikan sumbangan
  • semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri pelancongan
  • kita harus menggunakan kelebihan yang ada di negara kita dengan sepenuhnya untuk memajukan bidang ini
  • kedatangan pelancong yang semakin meningkat saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam industri ini

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s