Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Sejadah Rindu : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

TEMA

Ketuhanan serta ketaatan kepada agama.

Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.

PERSOALAN

 
Persoalan keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup.
Persoalan pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia. Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.
Persoalan keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta. Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.
Persoalan kesungguhan dalam memohon keampunan daripada Pencipta. Penyajak  berasa sangat sedih dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai dirinya. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di tikar sembahyang yang sudah lama ditinggalkan. Dalam keadaan gementar, dia memohon keampunan daripada tuhan agar dosa-dosanya diampunkan
Persoalan tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara. Penyajak memohon kepada Tuhan yang satu agar mengabulkan permintaannya untuk menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia tidak alpa tentang sifat kehidupan yang fana / tidak kekal.
Advertisement

Pengajaran (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Sejadah Rindu : Pengajaran (Komsas Tingkatan 5)

PENGAJARAN

 
Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan/ dosa. Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup.
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan. Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.
Kita hendaklah ikhlas dalam setiap perbuatan kita. Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.
Kita hendaklah taat kepada pencipta kita. Penyajak  berasa sangat sedih dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai dirinya. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di tikar sembahyang yang sudah lama ditinggalkan. Dalam keadaan gementar, dia memohon keampunan daripada tuhan agar dosa-dosanya diampunkan
Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini bersifat sementara. Penyajak memohon kepada Tuhan yang satu agar mengabulkan permintaannya untuk menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia tidak alpa tentang sifat kehidupan yang fana / tidak kekal.

Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

PENGAJARAN

Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.

Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara.

Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.

Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego.

Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.

Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah.

Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

.

Nilai (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Nilai (Novel Tingkatan 1)

NILAI

  • Bertanggungjawab

– Adibah juga cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya.

  • Kesopanan

– Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah.

  • Keyakinan

– Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya.

  • Mengakui kesalahan diri

– Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.

  • Hormat-menghormati

– De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkannya dalam lumba lari.

  • Pemaaf

– Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain.

  • Amanah

– Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.

  • Kerajinan

– Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke latihan pusat.

  • Kesabaran

– Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul.

  • Kasih sayang

– Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.

.

Plot / Binaan Plot (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Plot / Binaan Plot (Novel Tingkatan 3)

PLOT

1. Permulaan

Beruk Alias, Chot hilang. Alias menangis. Dia tidak pergi ke sekolah. Usaha ibunya dan Som memujuknya supaya mencari Chot selepas waktu persekolahan gagal.

2. Perkembangan

Alias mengambil keputusan pergi ke sekolah selepas gagal mencari Chot. Di sekolah, Alias telah diherdik dan ditengking oleh Cikgu Sunan.

3. Perumitan

Cikgu Sunan bertempik sehingga Alias terdorong ke belakang dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena meja murid. Rentetan peristiwa itu, Alias tidak pergi ke sekolah lebih daripada seminggu kerana telinganya bernanah. Alias malu dan takut diejek oleh kawan-kawannya. Alias tidak menceritakan hal sebenar yang berlaku kepada ibunya di sekolah.

4. Kemuncak

Cikgu Sunan pergi ke rumah Alias. Kedatangannya ke situ tidak disenangi oleh beruk Chot. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot melompat dan melonjat kuat sehingga rantai di lehernya terputus. Chot menerkam Cikgu Sunan dan menokak lengan guru itu. Chot tidak mahu melepaskan gigitannya walaupun Cikgu Sunan memukul-mukulnya. Keadaan menjadi kelam-kabut. Alias tidak tahu tindakan yang perlu diambil kerana Chot ialah beruk kesayangannya.

5. Peleraian

Alias mengambil lembing berkarat yang berada di bawah rumah lalu merodok mata lembing itu ke perut Chot. Chot mati di tangan Alias. Cikgu Sunan serba salah dengan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pendidikan Alias sampai ke universiti.

.

Teknik Plot (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Teknik Plot (Novel Tingkatan 3)

TEKNIK PLOT

1. Pemerian

Perihal keadaan rumah Alias.

Rumah itu sangat buruk dan usang. Atap pun dibuat daripada daun rumbia yang sudah reput  bocor di sana sini kalau hujan lebat.

2. Dialog

Dialog antara Alias dengan Cikgu Sunan

“Haa, kalau dah putus rantai, apa kamu buat? Kamu bela berukkah?”

“Dia hilang. Saya carinya, cikgu. Sebab tu saya lambat sampai.”

“Kalau Chot tidak ada, bagaimana mahu mengambil upah memetik buah kelapa?” fikirnya. Siapakah yang akan membiayainya ke sekolah.

3. Imbas kembali

Perihal Som teringat Cikgu Sunan bersungut-sungut apabila pintu depan keretanya calar.

Tiba-tiba som terasa ditolak oleh Hasnah dari belakang. Barulah Som tersedar yang dia sedang mengelamun kisah kelmarin. Som tidak mendengar apa-apa yang diucapkan oleh Cikgu Sunan tadi.

4. Saspens

Peristiwa Budin tergesa-gesa ke rumah Alias untuk memberitahu bahawa beruk yang merosakkan kebun pisang Miah, iaitu Chot mati ditembak.

Peristiwa lengan Cikgu Sunan ditokak oleh Chot.

.

Pengajaran (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Pengajaran (Novel Tingkatan 3)

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah membantu antara satu sama lain.

Contohnya, Mak Su Kiah membantu Alias dan ibunya, iaitu menghantar nasi dengan lauk atau sayur pada waktu tengah hari.

2. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa.

Contohnya, Alias mendengar nasihat ibunya supaya menunaikan solat.

3. Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukan.

Contohnya, Cikgu Sunan menyesali segala tingkah lakunya terhadap Alias.

4. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah takdir hidup.

Contohnya, Alias belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pengetahuan penting untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

5. Kita tidak seharusnya berdendam.

Contohnya, Alias tidak berdendam dengan Cikgu Sunan. Alias melayan gurunya itu dengan ramah walaupun Cikgu Sunan pernah mengherdik dan menengkingnya.

6. Kita hendaklah menerima takdir Tuhan dengan hati yang terbuka.

Contohnya, ibu Alias reda apabila lumpuh.

7. Kita hendaklah jujur dalam kehidupan.

Contohnya, Alias jujur memberitahu Cikgu Sunan sebab kelewatannya ke sekolah berpunca daripada beruk.

.

Nilai (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Nilai (Novel Tingkatan 3)

NILAI

1. Jujur

Alias bercakap benar kepada Cikgu Sunan sebab dia datang lewat ke sekolah.

2. Taat kepada perintah agama

Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan mendirikan solat dan membaca al-Quran.

3. Bertanggungjawab

Alias mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Wang yang diperoleh digunakan untuk membeli barang dapur seperti beras, kopi dan ikan.

4. Rajin

Som belajar Matematik daripada Alias.

5. Baik hati

Mak Su Kiah memberi makanan tengah hari, iaitu nasi dengan semangkuk gulai atau sayur kepada Alias dan Leha.

6. Keinsafan

Cikgu Sunan insaf atas kesilapannya yang tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepada Alias.

7. Berdikari

Alias berdikari mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa.

8. Reda

Leha reda dia lumpuh dan tidak dapat melakukan sebarang kerja.

9. Keikhlasan

Som ikhlas berkawan dengan Alias tatkala rakan-rakan lain mengejek Alias. Som juga bersusah hati sekiranya Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana lewat ke sekolah.

.

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 5

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 5 : SAJAK SEJADAH RINDU

1. Kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan?

P1 Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan

P2 Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat

P3 Memperoleh ketenangan jiwa

P4 Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat

2. Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera?

P1 Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur

P2 Tidak mengulanginya lagi kerana jika lambat bertaubat

P3 Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita

.

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Sajak Aku Membaca Lagi

1. Langkah-langkah berkesan untuk memantapkan kedaulatan bahasa Melayu

P1 Menjadikan syarat lulus dalam peperiksaan

P2 Menjadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan

P3 Kempen Cintai Bahasa Melayu

P4 Dijadikan syarat dalam pengambilan pekerja 

2. Segelintir remaja kini tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berkomunikasi

P1 Malu untuk menggunakan bahasa Melayu

P2 Trend remaja kini yang menggunakan bahasa slanga

P3 Latar belakang keluarga / pengaruh keluarga yang menggunakan  bahasa asing / dialek daerah / negeri

P4 Terpengaruh oleh rakan / media massa / rancangan televisyen /  artis pujaan       

3. Peranan anda mengelakkan kemusnahan alam sekitar

P1 Mengelakkan pembakaran terbuka

P2 Tidak membuang sampah ke dalam sungai

P3 Tidak menggunakan beg plastik ketika membeli –belah

P4 Menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan.

.